PERSATUAN PELANCONGAN KADAMAIAN MENYOKONG SARANAN YB EWON BENEDICK ( MENTERI KPLB ) - MESEJ PELANCONGAN DI KADAMAIAN

KATA ( Persatuan Pelancongan Kadamaian ) menerusi Presiden En Walter Kandayon, menyokong akan saranan Menteri KPLB , “ Tourism Mesej program adalah langkah bijak bagi memacu dan memangkinkan 'kesuburan' semangat komuniti pelancongan di Kadamaian.

Pemilihan Kampung Sayap sebagai perintis program ini di Sabah. Sayap dipenuhi dgn khazanah pelancongan yang menarik, bernilai tinggi dan eksotik. Selain itu sayap terletak di kaki gunung dan dikatakan sorga disebalik gunung Kinabalu.  Sayap sudah bersedia menerima visi  2025 , termasuk 'mainset' komunitinya yang tampak semakin ghairah meneroka peluang-peluang baru. 
YB Ewon Benedick ( Menteri Pembangunan Luar Bandar , Sabah
Perbincangan dengan En Walter Kandayon ( Presiden KATA ). 
Pemilihan ini adalah bertepatan dan sudah tentu ia bakal di sokong dengan kemajuan infra seperti Jalanraya ( diaspal ) , Apabila ini terlaksana saya yakin ia bakal melonjak ekomomi di Sayap malahan sekitar jalan Woriu “
Kejayaan program ini memberi peluang kepada kawasan lain untuk menerima inisiatif yang sama pada masa depan, sambungnya.
KATA amat menyokong akan program ini dipanjangkan ucapan terima kasih kepada YB Ewon Benedict  .
Ulasan daripada: -

En Walter Kandayon,
Presiden Persatuan Pelancongan Kadamaian,
KADAMAIAN TOURISM ASSOCIATION SABAH ( KATA )

Merujuk kepada Kenyataan Menteri KPLB.
              
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah akan memperkenalkan beberapa program baharu termasuk program Mini Estet Sejahtera Kampung (Mesej) Pelancongan bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Menterinya YB Ewon Benedick berkata, program itu mampu membantu memajukan industri pelancongan luar bandar, sekali gus mengetengahkan keunikan tarikan pelancongan di kawasan luar bandar negeri ini.

"Sambil mengangkat program-program sedia ada di KPLB, saya juga mahu memperkenalkan program Mesej Pelancongan. Kawasan pertama yang kita pilih untuk melaksanakan program ini ialah kawasan Kadamaian yang mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan luar bandar dan kampung pertama yang saya kenal pasti untuk tujuan ini ialah Kampung Sayap, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Khidmat ADUN Kadamaian di Kampung Piasau Kota Belud  pada 07 Jun 2018.

Disokong oleh :

En Djuanis Mogirong
Presiden Persatuan Homestay Sabah

“Bagi kawasan Kadamaian, eko pelancongan dan homestay sudah beroperasi lebih awal di sini. " Oleh itu saya mencadangkan agar kementerian dapat melaksanakan program-program latihan, promosi dalam talian dan membantu dari segi pemasaran " , 
" Selain itu perlu juga diwujudkan pusat maklumat pelancongan di setiap daerah dan menyediakan pusat latihan ", katanya

Cik Rozie Jumat ,
Setiausaha Persatuan Pelancongan Kadamaian (KATA)

Program Mesej amat kita alu-alukan,” katanya. Beliau berkata, sejak tahun 2015, KATA telah mengerak kesedaran komuniti menjaga alam semujadi dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan melalui aktiviti pelancongan luar bandar "

Sumber.

PILIHAN PEMBACA