PENSTRUKTURAN SEMULA JKKK DAPAT MENGEMASKINI DAN MEMPELBAGAIKAN AKTIVITI

Pelaksanaan  Penstrukuran JKKK oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia disambut baik oleh seluruh pentadbir Kampung, walaupun pada dasarnya pelaksanaan belum dinilai dilapangan, Juga berkaitan hal ini dan cadangan Menteri Pembanguan Luar Bandar Sabah YB Ewon Benedick  (   21 Mei 2018 ) , Bahawa Pengurusan JKKK di Setiap Kampung akan lebih bersistem dan berdata katanya. 

The village development and security committee (JKKK) system into “a sort of village cabinet”, claiming that it’s current operations were too ad hoc and project oriented.
Pentadbiran JKKK  bersistem & Berdata.
YB Ewon Benedick
Enhanching the system would, among other things, make data collection more effective, he added.
“I want the JKKK to record things like new births and deaths, the number of primary and secondary school students, whether there are graduates in the village, if they are on scholarships and, if so, what kind – all these and many more.
“We need to build this inventory so the JKKK chairmen will know who live in their villages. Doing this can help us track the movements of villagers and also possibly illegal immigrants.”


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Malaysia YB Rina Mohd Harun, dalam satu kenyataan media pada ( 27 Jun 2018 ) menjelaskan Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPLB untuk menstrukturkan semula JKKK yang merangkumi perkara perkara berikut : - 
YB Rina Mohd Harun
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Malaysia 

(i) Institusi JKKK diteruskan dan dijenamakan semula sebagai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) , Institusi JKKK memainkan peranan penting dalam menggerakkan komuniti kampung untuk melaksanakan pembangunan untuk kemajuan dan kesejahteraan kampung itu sendiri. Selaras dengan itu, Kerajaan bersetuju agar institusi ini diteruskan dengan nama baharu iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

(ii) Urusan pelantikan, pertukaran dan penamatan MPKK di bawah kuasa Kerajaan Negeri , Kerajaan Negeri lebih hampir dan memahami kehendak masyarakat kampung di negeri masing-masing. Oleh demikian, kuasa dan urusan ini dikekalkan di peringkat Kerajaan Negeri dan pentadbiran di bawahnya. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri di dalam melaksanakan kuasanya hendaklah memastikan ianya selaras dengan Tatacara Pengurusan MPKK yang ditetapkan oleh KPLB dan dasar Kerajaan Persekutuan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa

(iii) Penetapan Semula kadar elaun kepada Anggota MPKK
Jemaah Menteri telah bersetuju agar kadar elaun kepada anggota MPKK ditetapkan seperti berikut :
(a) Pengerusi : RM500 sebulan
(b) Setiausaha : RM300 sebulan
(c) Pengurusan Mesyuarat : RM100 setiap mesyuarat
(d) Kehadiran Mesyuarat : RM50 setiap mesyuarat

(iv) 30% anggota MPKK terdiri daripada golongan wanita Selaras dengan manifesto Kerajaan Pakatan Harapan yang ingin memperkasa peranan wanita dengan mengiktiraf peri pentingnya peranan golongan ini di dalam sistem pentadbiran Kerajaan, MPKK akan dianggotai sekurang-kurangnya 30% oleh golongan wanita yang mampu untuk bersama-sama menyumbangkan tenaga, idea perspektif dan kemahiran dalam pembangunan kampung

(v) Bilangan biro di dalam MPKK dikurangkan dari 13 ke 11 biro baru 11 biro baharu MPKK adalah Biro Pembangunan Prasarana, Biro Keselamatan dan Kesihatan, Biro Pengurusan Kewangan, Biro Ekonomi dan Keusahawanan, Biro Kesejahteraan dan Keceriaan, Biro Pendidikan dan Inovasi, Biro Pemantapan Spritual, Biro Kebajikan dan Kesukarelawan, Biro Belia, Sukan dan NGO, Biro Infostruktur dan Komunikasi dan Biro Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

(vi) Pemberian geran bernilai RM10,000 kepada MPKK bagi tujuan kesejahteraan dan keceriaan kampung.

Pengiktirafan MPKK cemerlang melalui pemberian geran berjumlah RM10,000 dengan siling geran adalah tidak melebihi RM100 juta setahun. Geran adalah bertujuan untuk membiayai program-program berkaitan kesejahteraan dan keceriaan kampung. Kaedah dan syarat-syarat permohonan akan dimuktamadkan oleh KPLB dalam masa terdekat. Geran ini akan memberikan manfaat kepada 10,000 daripada 16,481 kampung di seluruh Malaysia.
(vii) Latihan Serta Pelaksanaan Program Pengiktirafan Kepimpinan MPKK oleh INFRA KPLB melalui Institut Kemajuan Desa (INFRA) akan terus berperanan untuk melaksanakan latihan kepimpinan dan urus tadbir desa kepada anggota MPKK. Ia adalah bagi melahirkan anggota MPKK yang profesional, berinformasi dan berkemahiran di dalam melaksanakan tadbir urus organisasi dan masyarakat kampung.

YB Rina turut memaklumkan bahawa KPLB berharap agar dengan penjenamaan semula dan inisiatif baharu MPKK ini akan menaikkan semangat dan komitmen anggota MPKK bagi sama-sama membantu membangunkan kampung.

PILIHAN PEMBACA