KAEDAH CUPLUMP MODIFIED ASPHALT - CMA ( ASFALT TERUBAHSUAI GETAH BEKUAN ) BOLEH MEMBANTU HARGA GETAH MENINGKAT , MENTERI KPLB SABAH

KAEDAH PENYELESAIAN PEMBINAAN JALAN RAYA
KPLB cadang teknologi pembinaan berasaskan getah

KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bercadang untuk memperkenalkan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di negeri ini.

Menterinya Ewon Benedict berkata, teknologi yang telahpun diaplikasikan di negara lain termasuk Thailand itu amat sesuai digunakan untuk pembinaan jalan raya luar bandar.
“Kita boleh memperkenal dan membangunkan teknologi ini dalam pembinaan jalan raya di Sabah kerana saya tahu ia adalah antara kaedah yang boleh menyelesaikan keperluan membina jalan raya, khususnya jalan raya di luar bandar.
Harga Getah Malaysia semasa 
“Selain itu, ia boleh meningkatkan harga getah kerana kita mencipta satu teknologi membina jalan raya menggunakan getah. Ini adalah keperluan domestik dalam industri pembinaan jalan raya,” katanya ketika berucap pada majlis Kesyukuran di SK Kiau 1, di sini pada Ahad. 

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, kementeriannya juga telah merangka pelbagai program yang akan dilaksanakan di kawasan luar bandar, termasuk membangunkan industri pelancongan di Kadamaian.


YB Ewon dan YB Munirah M , Semasa Majlis Kesyukuran di Kiau 1

“Banyak program di kementerian yang boleh kita laksanakan di kampungkampung seluruh Sabah. Saya juga bersedia menerima sekiranya ada input atau cadangan pelbagai pihak termasuk masyarakat akar umbi yang menarik dan boleh dilaksanakan di kawasan mereka.


“Sebaik-baiknya cadangan yang dikemukakan itu boleh memberi manfaat jangka masa panjang sama ada dari segi pentadbiran, sistem atau penyelesaian sesuatu masalah agar kita dapat bersaing dengan masyarakat di peringkat antarabangsa,” katanya. Mengenai program turun padang, beliau berkata program itu akan dilaksanakan secara berterusan.

“Pemilihan di kawasan luar pekan sesuai dengan sanubari kita yang selalu berada di luar pekan dan menyesuaikan suasana kampung. Maka, wajar bagi kita memilih salah satu kampung di Kadamaian sebagai satu pusat pentadbiran,” katanya.
Mengenai pembaikan jalanjalankampungdankemudahan lain di kawasan luar bandar, Ewon berkata pelaksanaan adalah berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan penduduk kampung.

Bagaimanapun, jalanjalan besar di kawasan luar bandar adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihaknya boleh berbincang dengan kementerian berkaitan untuk memperbaiki jalan berkenaan, tapi jalan melibatkan jalan kampung masuk kawasan rumah-rumah adalah di bawah bidang kuasa KPLB.

Beliau turut meminta rakyat Sabah khususnya di DUN Kadamaian supaya mengetepikan perbezaan politik dan sama-sama menumpukan kepada membangunkan kawasan itu.

Sumber dari 


bekas Kementerian Kerja Raya menerusi menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof

Kementerian Kerja Raya telah melakukan kajian merangkumi aspek teknikal dan kos bagi menilai kesesuaian getah sebagai bahan untuk menurap jalan , penggunaan CMA (Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan)  di tiga projek perintis jalan diturap getah telah disiapkan antaranya di Negeri Sembilan dan Selangor, masing-masing sepanjang satu kilometer. Satu lagi projek perintis bagi jalan diturap getah akan dibuat di Pahang selepas itu dan ia turut akan digunakan di Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan Sabah sekiranya terbukti bagus.
“Berdasarkan pemerhatian awal mendapati turapan jalan yang menggunakan CMA di lokasi perintis itu menunjukkan tanda-tanda yang positif.  Antara kelebihan penggunaan CMA ialah dapat memberi rintangan lebih baik ke atas faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan jalan seperti retakan dan aluran.
“Bagaimanapun, kos pembinaan jalan menggunakan CMA lebih tinggi iaitu RM53 per meter berbanding RM29 per meter jika menggunakan kaedah konvensional, namun kos penyelenggaraan jalan CMA lebih rendah berbanding jalan konvensional,”   Penggunaan CMA lebih juga tahan lama dan boleh mencapai 10 tahun berbanding lima tahun kaedah konvensional.


Sumber :

https://www.pressreader.com/malaysia/utusan.../281496456970109
 
http://careta.my/article/teknologi-jalan-getah-kan-teruji-di-temu-jodoh


PILIHAN PEMBACA