PELANCONGAN LUAR BANDAR BERPOTENSI MENJADI EKONOMI UTAMA KOMUNITI DI KADAMAIAN

Mukadimah

Suria pagi menyambut senyuman mesra ceria  Kadamaian mekar membuka tirai jendela,  mempersembahkan halaman semulajadi Kadamaian,  sorga habitat semulajadi yang semakin menjadi sebutan warga pelancongan. Di warnai oleh variasi kuntuman orkid liar nun dihutan semulajadi,  terdampar rumbunan refflesia tumbuh  mengulat diselangi ratusan sepsis tumbuhan herba kebanggan yang menyertai deruan berenika sungai  mengalir deras menerjah punca semulajadi  dari Kinabalu, gunung kebanggaan.
Malahan tebing-tebing aliran sungai itu dirembuni pelbagai spesis pokok yang rantingnya  melambai-lambai ditiup sepoi sejuk, seolah meraikan nyanyian merdu kicauan burung-burung ria .Tidak mungkin mudah melupakan keindahan tanah Kadamaian yang damai,  anugerah illahi warisan generasi berzaman.   Home to nature,  The Paradise side of mt Kinabalu @ Kadamaian

Pengenalan

Tn Walter K, Menerima AWARD KATA dari ( Mantan )
Menteri Pelancongan Negeri Sabah. 
Kadamaian menyambut seruan kerajaan memperkasa pelancongan  luar bandar. Kadamaian adalah potensi pelancongan luar bandar di Sabah, memiliki khazanah tidak ternilai yang kini menjadi tonggak  kebanggaan pengusaha-pengusaha komuniti di se rata tempat. Jika anda ingin melihat kesungguhan komuniti bersatu membangunkan pelancongan desa, mohon datang ke Kadamaian dan anda sendiri akan menyaksikan satu berpadu semangat membawa berkat. Kadamaian adalah contoh di Sabah,  di mana pelancongan berasaskan komuniti menjadi asas utama pembangunan pelancongan. Lebih membanggakan kerajaan telah mengiktiraf Kadamaian sebagai perintis pembangunan pelancongan luar bandar di Sabah.

Pelancongan ekonomi kedua penting di Sabah

Menurut Setiausaha tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar , industri pelancongan di Sabah telah menjadi sektor ekonomi kedua penting selepas industri minyak dan gas. 

Difahamkan pada tahun 2017 Sabah mencatat seramai 3.67 juta ketibaan pelancong, meningkat 6.5% berbanding 2016 dan menjana 7.25 bilion ringgit.  Angka ini dijangka  meningkat setiap tahun melalui pelbagai usaha dan inisiatif dari Kerajaan.

KATA menerima Minister,s Special Award
02 Sept 2017  
Di Kadamaian industri pelancongan sedang membangun dengan pesat. Industri ini dibangunkan samaada oleh pengusaha berasaskan komuniti  dan pengusaha keluarga. Mereka membentuk persatuan pelancongan ( KATA) yang bertindak sebagai penyelaras sekaligus pemangkin pembangunan semua ahli yang berdaftar. Kini jumlah pengusaha berdaftar sudah mencapai 50 ahli. Sebagai perintis pembangunan   pelancongan negeri , KATA  sedang bertungkus-lumus menyediakan flatform terbaik agar kita mampu menyediakan perkhidmatan pelancongan yang mampu mengamit  kepuasan pelanggan. Beberapa komponen sedang diperhalusi baik dari segi prasarana, saluran pemasaran, akses ke lokasi dan yang lebih penting kesedian diri komuniti menjadi pemain industri ini di Kadamaian.
Kehadiran pelacong  di Kadamaian telah mencatatkan rekod baik. Pada tahun 2017 seramai 80 ribu pelancong telah berkunjung  ke Kadamaian dan menjana pendapatan 900,000 ringgit terus kepada komuniti. Pencapaian ini dianggap memuaskan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti tahap prasarana asas seperti jalan raya, kapasiti penginapan dan pemasaran yang masih ditahap membangun.

Cabaran
Kita yakin jika kesemua aspek di atas dapat disediakan, maka tahun ini (2018) pencapaian aktiviti pelancongan  (pendapatan) di Kadamaian boleh dipertingkatkan.  KATA juga berhasrat untuk terus memberi fokus terhadap aspek  pemasaran kepada produk- produk pelancongan di Kadamaian. Kita percaya pemasaran adalah aspek paling kritikal kerana ia adalah komponen paling penting dalam perniagaan.
Kita sedang meneliti dengan serius semua aspek pemasaran yang terlibat dalam industri pelancongan seperti harga, promosi , produk yang ditawarkan dan bagai mana pelancongan Kadamaian disedari terutama oleh pelancong asing.  Untuk ini, dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Tourism Malaysia,  usaha-usaha sedang dilaksanakan untuk membina medan  komunikasi antara pengusaha dengan potensi pelancong di serata dunia.

Kesimpulan

AJK KATA bersama Tuan Julianus @ Julian Jimit
( Pengurus Kanan Unit Pembangunan STB )


Kurang 7 tahun dari sekarang iaitu pada 2025,  kita berharap akan mencapai hub pelancongan bertaraf dunia. Kita yakin boleh mencapai sasaran ini berdasarkan perkembangan terkini yang amat memberancangkan. Sekarang ini Kadamaian amat bertuah diwakili oleh YB Ewon Benedict dan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah pada barisan kabinet yang baru, Melalui beberapa pertemuan dan perbincangan dengan menteri ini, saya yakin dalam lima ( 5 ) tahun selepas ini Kadamaian akan mengalami banyak kemajuan, khususnya dalam  industri pelancongan.

Dalam Visi 2025, Kadamaian mensasarkan ketibaan 10% dari pelancong yang datang ke Negeri Sabah. Berdasarkan unjuran itu, jika pada 2025 seramai 5 juta pelancong datang ke negeri Sabah , pada tahun yang sama Kadamaian dijangka menerima kehadiran pelancong seramai 500,000 setahun. Tiada yang mustahil dengan angka ini.

Gaman Walter Kandayon.
PENGERUSI KATA ( Persatuan Pelancongan Kadamaian, Sabah ) 

PILIHAN PEMBACA