RAKYAT KADAMAIAN HARUS BIJAK MEMILIH WAKIL DEMI KELANGSUNGAN PEMBANGUNAN

RAKYAT KADAMAIAN HARUS BIJAK MEMILIH WAKIL DEMI KELANGSUNGAN PEMBANGUNAN
Pada PRU ke 13 keputusan berpihak kepada PKR ( Pakatan Rakyat ) melalui calonnya iaitu Ukoh @ Jeremmy Malajad dengan Majoriti 889, namun dalam tempoh beberapa bulan dan amat sukar bila diluar kerajaan ( PKR tidak dapat memerintah ) YB Ukoh @ Jeremy Malajad dengan restu penyokongnya telah mengejutkan rakan Partinya dan mengambil keputusan untuk keluar dari PKR, dengan bersebab ;
 
Keakraban pemimpin dan bersama Pemerintah sangat penting
bersama dengan YB Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak
“ Tindakan saya  keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah saya fikir dengan sedalam dalamnya . Saya juga memikirkan keperluan rakyat Kadamaian yang akan jauh lebih ketinggalan sekiranya saya terus bersama dengan pembangkang. Saya tidak boleh berdiam diri melihat rakyat kerana pembangunan adalah agenda semasa kita berkempen dahulu,” kata Ukoh.
 “ Hakikatnya kita menang tetapi tidak berjaya membentuk kerajaan.  Kita buat perkiraan dengan serius sama ada bertahan sebagai pembangkang atau beralih ke parti  yang boleh membawa kita pembangunan, “ ujar Ukoh.

Pembangunan amat diperlukan,
bersama dengan YB DSP Rahman Dahlan,
 “ Saya hadapi cemuhan  itu dan hakikatnya apa yang saya lakukan ini adalah demi untuk rakyat di kawasan Kadamaian. Saya mahu  berkhidmat untuk rakyat dengan berkesan dengan mengambil tindakan ini,” kata Ukoh.
Tambahnya, beliau tidak akan goyah dari prinsipnya untuk membela rakyat dan memberikan fokus kepda keperluan pembangunan rakyat di kadamaian.
Bersama dengan anggota PDRM 
“ Prinsip saya tetap sama. Sama ada yang  telah mengundi atau tidak. Saya akan tetap membela. Ini adalah kesedaraan saya sendiri untuk melihat pembangunan rakyat. Pembangunanlah sebab utama kita masuk BN,” Beliau turut mengajak rakyat untuk fokus ke hadapan dalam membina era baru kawasan Kadamaian.

Jika dihayati akan hujah dan keluhan YB Ukoh, memang ada kebenaran nya  dan dapat disimpulkan : -

 Keakraban dengan pemerintah perlu dan sangat mengguntungkan rakyat  KADAMAIAN apabila Wakil rakyat itu sehaluan dengan Pemerintah.

     Membela rakyat adalah keutamaam apabila menjadi seorang 
Yang Berhormat ( YB ) bukan atas nama seorang YB dan pentingkan diri sendiri.
      

Sumber.



PILIHAN PEMBACA