KADAMAIAN DESTINASI PELANCONGAN LUAR BANDAR

KADAMAIAN KINI DIKENALI MELALUI SEKTOR PELANCONGAN ,

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan memberi tumpuan kepada sektor pelancongan luar bandar.

YB DSP Dr Salleh Said Keruak -
Pelancaran Visit Kadamaian Month  2017 
Menterinya, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata ini berikutan ada minat yang tinggi dalam kalangan pelancong untuk menerokai keindahan dan produk pelancongan di desa.
Katanya, usaha ini juga sejajar dengan hasrat Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang memberi keutamaan kepada pelancongan desa, dalam Bajet 2018.
Pengerusi KATA  Walter  Kandayaon
“Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita mencapai tahap yang cukup baik dalam sektor pelancongan di bandar seperti di Kota Kinabalu. Sebab itu sekarang kita memberi tumpuan pula di desa.
“Usaha ini akan memberi manfaat kepada penduduk luar bandar dalam mempromosikan produk yang ada di kawasan masing-masing kepada pelancong,” katanya sempena majlis Anugerah Pelancongan Sabah Ke-11 pada 02 Disember 2017
Masidi berkata, satu penghargaan khas diberikan kepada Persatuan Pelancongan Kadamaian Kota Belud yang aktif dalam sektor pelancongan di desa.

MoU KATA & KTA
“Saya ingin mengiktiraf penduduk di Kadamaian, Kota Belud dan perlu menjadi contoh kerana membina industri pelancongan dari awal tanpa bantuan sedikit pun. Malah, saya difahamkan sehingga September lalu, penduduk di Kadamaian mengutip pendapatan mencecah RM500,000,” katanya.

Sila hubungi JAWATANKUASA PERSATUAN PELANCONGAN KADAMAIAN ( KATA ) .
 Tuan Walter Kandayaon  ( Pengerusi )          : 0109376479
Cik Rojie Jumat ( Setiausaha )           : 0138775311

Facebook :
Persatuan Pelancongan Kadamaian Kota Belud


Sumber / pautan


PILIHAN PEMBACA