Baru-baru ini,
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyatakan
bahawa semua UMNO negeri sudah menghantar senarai calon kepada Najib, selaku
presiden parti selain beberapa pemimpin parti komponen BN juga hampir
menyiapkan senarai calon.
Jika mengambil kira persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) yang sudah mengadakan simulasi pilihan raya untuk petugas di seluruh
negara sejak tahun lalu, pasti SPR tiada masalah untuk mengendalikan PRU-14
pada bila-bila masa.
Mungkin PM Najib memilih untuk mengadakan pilihan raya
bulan yang terdekat ?. Ada yang meramalkan PRU-14 lebih sesuai diadakan selepas
perayaan Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 Februari 2018 dan mungkin
ekonomi dunia, termasuk Malaysia akan lebih baik tahun depan.
Faktor ekonomi memainkan peranan besar kerana ia turut
menyumbang kepada faktor 'kelesesaan' rakyat. Benar nilai ringgit semakin lemah
sejak beberapa tahun lalu, tetapi ia lebih disebabkan faktor luar, bukan
domestik.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 24 Jun
2018, jika ia tidak dibubarkan sebelum tarikh akhir berkenaan dan SPR boleh
mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas itu.
Jadi bila ? , PRU-14 akan
diadakan pada bulan Mac atau April?. Inilah bulan yang mungkin sesuai bagi PM
Najib untuk mengumumkan pilihanraya. Walaupun di bawah Perlembagaan Persekutuan
jelas menyatakan pilihan raya umum perlu diadakan sebelum Ogos 2018, tetapi di
atas faktor-faktor tertentu, maka bulan Mac atau April adalah tempoh yang
terbaik bagi mengadakan pilihanraya. Keadaan sekolah selaku pusat mengundi
tersedia kerana tiada sebarang peperiksaan berlangsung, rakyat dalam keadaan
mood yang baik, , selesai perayaan Tahun Baru Cina berkemungkinan faktor ini memberi
isyarat bahawa pilihanraya akan diadakan dalam tempoh tersebut.
Hanya Perdana Menteri yang tahu tarikh keramat ini.
Beliau juga yang mempunyai hak mutlak untuk mengumumkan
PENULIS juga menanti bila PRU 14.
sumber :
https://malaysianaccess.com/pasca-bajet-2018-jadi-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-14/
http://utaranews.com/2017/07/pilihanraya-umum-ke-14-akan-diadakan-awal-tahun-2018.html/