BERAPAKAH PARTI BERTANDING DI DUN KADAMAIAN PRU 14

KADAMAIAN MENJADI PERTARUHAN PARTI BERTANDING PADA PRU 14

PRU 14 dijangka diadakan pada masa terdekat, semua Parti yang bertanding baik dari Komponen Kerajaan ( Barisan Nasional ) atau pembangkang , sudah menjenguk mempertaruhkan bakal-bakal  calon dengan harapan yang menggunung  untuk  memenangi kawasan masing-masing begitu juga di DUN Kadamaian, berapa jumlah Parti yang akan bertanding di DUN Kadamaian ?

Mengimbas pada tiga Piliharaya sebelum ini , PRU 11 ( 2004 ) , PRU 12 ( 2008 ) dan PRU 13 ( 2013 ) , Kawasan DUN Kadamaian tidak pernah dalam sejarah pertandingan melibatkan dua penjuru ( satu lawan satu ), imbasan pada PRU 11 ( 2004 ) penyandang Mantan YB Datuk Herbert Timbun Lagadan telah ditandingi oleh empat calon iaitu mandiang Datuk Maidom Pansai (BEBAS) ,  Johnny Lyon @ Gilong (BEBAS) ,  Sabagon @ Hendry Rumpit (SETIA), Daibi Mandadi (BEBAS), Kemenangan ini memberi restu kepada Barisan Nasional untuk terus menjadi wakil di DUN Kadamaian, walaupun sebelum ini sejarah PRU 11 ( 1999 ) Mandiang  ( Mantan ) YB Datuk Baggai Basirun ( Calon BN ) ditumpaskan oleh Datuk Herbert Timbun Lagadan ( PBS - Luar Barisan Nasional ).  
Kedudukan Parti Bertanding PRU Malaysia dan Jangkaan Parti Bertanding
di Kadamaian

Apabila pembubaran DUN dan pencalonan dibuka , PRU 12 ( 2008 ) DUN Kadamaian sekali lagi menampilkan pertandingan tiga penjuru, dimana mantan penyandang YB Datuk Herbert Lagadan ditentang oleh Puan Lukia Binti Indaan ( PKR ) dan En Peter Marajin @ Marazing ( Bebas ) , keputusan undian PRU ini berpihak lagi kepada Barisan Nasional dan mempertahankan DUN  Kadamain melalui  Calon dari PBS  dengan Majoriti 2,743  ( Peratusan Pengundi 79.4 % dengan 10, 288 pengundi hadir memilih ) berbanding jumlah Pengundi sebenar pada PRU ini iaitu 12, 964 orang.

Sementara itu, kejutan berlaku pada PRU 13 ( 2013 ) Penyandang 3 panggal Mantan ADUN Datuk Herbert Timbun Lagadan ( 4,988 undi ) terpaksa turun dari takta kerusi  DUN kerana tidak mendapat mandat dari rakyat dan Calon dari PKR ( En Ukoh @ Jeremmy Bin Malajad : 5877 undi  )  memenangi dan mewakli rakyat Kadamaian dengan jumlah Majoriti 889, , manakala calon Parti STAR mempertaruhkan Rubbin Bin Guribah ( 1,877 undi ) dan Calon SAPP En Peter Marajin @ Marazing ( 547 undi ).

Tindakan YB Ukoh @ Jeremy Malajad mengumumkan dan beralih perjuangan ( Bebas - Pro BN ), mencatatkan satu sejarah bagi DUN Kadamaian, Namun kemasukan dan penerimaan YB Ukoh Malajad kepada Parti PBRS dijelaskan berat kepada mengresponse naluri rakyat “ Kadamaian yang mahukan pembangunan berterusan sebab diluar pemerintah sangat berat dan susah untuk mengimpikan perubahan di Kadamaian “ , katanya      
           
Pada Pilihanraya Ke 14 ini adakah DUN Kadamaian sepi dengan pertandingan dua atau lebih ?  bayangan Parti dan calon bertanding di DUN Kadamaian akan lebih dari itu, Parti Komponen  Barisan Nasional ( BN ) Parti Keadilan Rakyat ( PKR) pada kempennya masih mengekalkan reputasi kemenangan pada PRU 13 , Parti WARISAN yang lahir pada 17 Okt 2016 mencuba nasib di DUN Kadamaian, Parti GABUNGAN / USA ( Parti Maju Sabah /SAPP, Parti Solidariti Tanah Airku / STAR SABAH , Parti Harapan Rakyat Sabah / HARAPAN RAKYAT ) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah ( PPRS ) , Parti Kerjasama Rakyat Sabah / PAKAR, Parti Cinta Sabah ( PCS ), Parti USNO,  juga calon-calon Bebas, jika inilah percaturan kepimpinan Parti masing-masing bermakna DUN Kadamaian menjadi pertaruhan sokongan rakyat 17 ribu daftar pemilih DUN Kadamaian akan menentukan siapa Parti / Calon yang menawan hati mereka .

Mana kala  Pusat  Daerah Mengundi ( PDM ) di Kadamaian sebanyak 16 melibatkan 58 buah kampung , purata pemilih paling ramai pada setiap PDM  ialah Taginambur , Tamu Darat, Kelawat , Gaur-Gaur  manakala pemilih paling ramai pada setiap kampung adalah Kelawat , Tambulion, Piasau dan  Taginambur  dengan  menjangkau 1000 keatas pengundi.
16 Kawasan PDM Kadamaian 
 Secara kesimpulannya, 17 ribu pemilih di DUN Kadamaian akan berkuasa dan menjalankan kewajibannya selepas pengumuman rasmi pembubaran Parlimen / Negeri ( Kecuali Sarawak ) untuk memberi laluan PRU 14 dijalankan, andaian berapa penjuru ( calon bertanding ) kita akan sama-sama tunggu.

Penulis pun akan ternanti-nanti ?

PILIHAN PEMBACA