KADAMAIAN MENJADI PERTARUHAN PARTI BERTANDING PADA PRU 14
PRU 14 dijangka diadakan
pada masa terdekat, semua Parti yang bertanding baik dari Komponen Kerajaan (
Barisan Nasional ) atau pembangkang , sudah menjenguk mempertaruhkan
bakal-bakal calon dengan harapan yang
menggunung untuk memenangi kawasan masing-masing begitu
juga di DUN Kadamaian, berapa jumlah Parti yang akan bertanding di DUN
Kadamaian ?
Mengimbas pada tiga
Piliharaya sebelum ini , PRU 11 ( 2004 ) , PRU 12 ( 2008 ) dan PRU 13 ( 2013 )
, Kawasan DUN Kadamaian tidak pernah dalam sejarah pertandingan melibatkan dua
penjuru ( satu lawan satu ), imbasan pada PRU 11 ( 2004 ) penyandang
Mantan YB Datuk Herbert Timbun Lagadan telah ditandingi oleh empat calon iaitu
mandiang Datuk Maidom Pansai (BEBAS) , Johnny Lyon @
Gilong (BEBAS) , Sabagon @ Hendry Rumpit (SETIA), Daibi Mandadi
(BEBAS), Kemenangan ini memberi restu kepada Barisan Nasional
untuk terus menjadi wakil di DUN Kadamaian, walaupun sebelum ini sejarah PRU 11
( 1999 ) Mandiang ( Mantan ) YB Datuk Baggai Basirun ( Calon BN )
ditumpaskan oleh Datuk Herbert Timbun Lagadan ( PBS - Luar Barisan Nasional
).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnzHXwiYhDUPpnbNl-9-GkTQJtCNqeByQEY0MhZ5agYsvHJ4uhMoi-ma_0Qs3J9_skwjxZTwcHg-1yKoU_GWSPHktyI3AmveQK-gYEZIUiderRaNn68qmYUwZYD9HWdafJzUvPQztjTJQ/s640/JUMLAH+PARTI+BERTANDING.jpg) |
Kedudukan Parti Bertanding PRU Malaysia dan Jangkaan Parti Bertanding di Kadamaian |
Apabila pembubaran DUN
dan pencalonan dibuka , PRU 12 ( 2008 ) DUN Kadamaian sekali lagi menampilkan
pertandingan tiga penjuru, dimana mantan penyandang YB Datuk Herbert
Lagadan ditentang oleh Puan Lukia Binti Indaan ( PKR ) dan En Peter Marajin @
Marazing ( Bebas ) , keputusan undian PRU ini berpihak lagi kepada Barisan
Nasional dan mempertahankan DUN Kadamain melalui Calon
dari PBS dengan Majoriti 2,743 ( Peratusan Pengundi 79.4
% dengan 10, 288 pengundi hadir memilih ) berbanding jumlah Pengundi sebenar
pada PRU ini iaitu 12, 964 orang.
Sementara itu, kejutan
berlaku pada PRU 13 ( 2013 ) Penyandang 3 panggal Mantan ADUN Datuk Herbert
Timbun Lagadan ( 4,988 undi ) terpaksa turun dari takta kerusi DUN
kerana tidak mendapat mandat dari rakyat dan Calon dari PKR ( En Ukoh @ Jeremmy
Bin Malajad : 5877 undi ) memenangi dan mewakli rakyat
Kadamaian dengan jumlah Majoriti 889, , manakala calon Parti STAR
mempertaruhkan Rubbin Bin Guribah ( 1,877 undi ) dan Calon SAPP En Peter
Marajin @ Marazing ( 547 undi ).
Tindakan YB Ukoh @
Jeremy Malajad mengumumkan dan beralih perjuangan ( Bebas - Pro BN ),
mencatatkan satu sejarah bagi DUN Kadamaian, Namun kemasukan dan penerimaan YB
Ukoh Malajad kepada Parti PBRS dijelaskan berat kepada mengresponse naluri
rakyat “ Kadamaian yang mahukan pembangunan berterusan sebab diluar
pemerintah sangat berat dan susah untuk mengimpikan perubahan di Kadamaian “ , katanya
Pada Pilihanraya Ke 14
ini adakah DUN Kadamaian sepi dengan pertandingan dua atau lebih ? bayangan
Parti dan calon bertanding di DUN Kadamaian akan lebih dari itu, Parti
Komponen Barisan Nasional ( BN ) , Parti Keadilan
Rakyat ( PKR) pada kempennya masih mengekalkan reputasi
kemenangan pada PRU 13 , Parti WARISAN yang lahir pada 17
Okt 2016 mencuba nasib di DUN Kadamaian, Parti GABUNGAN / USA (
Parti Maju Sabah /SAPP, Parti Solidariti Tanah Airku / STAR SABAH , Parti
Harapan Rakyat Sabah / HARAPAN RAKYAT ) dan Parti Perpaduan
Rakyat Sabah ( PPRS ) , Parti Kerjasama Rakyat Sabah / PAKAR,
Parti Cinta Sabah ( PCS ), Parti USNO, juga calon-calon Bebas,
jika inilah percaturan kepimpinan Parti masing-masing bermakna DUN Kadamaian
menjadi pertaruhan sokongan rakyat 17 ribu daftar pemilih DUN Kadamaian akan
menentukan siapa Parti / Calon yang menawan hati mereka .
Mana kala Pusat Daerah
Mengundi ( PDM ) di Kadamaian sebanyak 16 melibatkan 58 buah kampung , purata
pemilih paling ramai pada setiap PDM ialah Taginambur , Tamu
Darat, Kelawat , Gaur-Gaur manakala pemilih paling ramai
pada setiap kampung adalah Kelawat , Tambulion, Piasau
dan Taginambur dengan menjangkau 1000 keatas
pengundi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCJ7JV8D7Cq_8heUeTuDd6aqyuPQazC3Mxvl7SmTbdZEh_D9xdZobA6s6g6qQT2JY6NFcz1SBBrFmgj2I2BtPzgb2hGil0lZeNvLwnLw69YPit1pG_jKgDVG8HeV761IO3ZhWHm6nFAUA/s640/PDM.jpg) |
16 Kawasan PDM Kadamaian |
Secara kesimpulannya, 17
ribu pemilih di DUN Kadamaian akan berkuasa dan menjalankan kewajibannya
selepas pengumuman rasmi pembubaran Parlimen / Negeri ( Kecuali Sarawak ) untuk
memberi laluan PRU 14 dijalankan, andaian berapa penjuru ( calon bertanding )
kita akan sama-sama tunggu.
Penulis pun akan
ternanti-nanti ?