PENAIKTARAFAN JALAN DI KG GAUR – MENGKULAT, SAYAP , TENGKURUS, KOTA BELUD DITERUSKAN


YB Ewon Benedik
Menteri KPLB Sabah 
Kerajaan akan meneruskan projek penaiktarafan tiga jalan perhubungan utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.


YB Datuk Peter Anthony
Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah  
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick berkata, status projek tersebut adalah “request for tender” oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

“Saya telah diberi taklimat oleh JKR dan seterusnya mengadakan diskusi dengan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkenaan jaminan projek-projek tersebut diteruskan dan pelaksanaannya disegerakan seberapa yang boleh untuk kepentingan penduduk kampung.

“Beliau (Datuk Peter) bersetuju memudahcarakan proses tender tersebut supaya dapat dilaksanakan,” katanya.

Ybhg DSP Rahman
Dahlan ,
Mantan Menteri di JPM
Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Gaur, Jalan Sayap dan Jalan Tengkurus masing-masing, 3 kilometer untuk fasa projek penaiktarafan tersebut.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, peruntukan penaiktarafan ketiga-tiga jalan tersebut diusahakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan semasa beliau menjawat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia dalam Kerajaan sebelum ini.

LEMBAGA PADI SABAH DIWUJUDKAN SEMULA, APA PEMBAHARUAN DAN MANAFAAT KEPADA PETANI

“Saya bersetuju dengan penubuhan semula Lembaga Padi Sabah kerana ia akan menjadi komponen penting dalam pembangunan luar bandar serta meningkatkan kesejahteraan pesawah padi,”

YB Junz Wong  
YB Wong Hong Jun @ Junz Wong
Menteri Pertanian dan Industi Makanan Sabah

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah sedang meneliti secara positif mengenai kemungkinan mewujudkan semula Lembaga Padi Sabah (LPS) yang dibubarkan pada 1981 ( Penubuhan pada 02 Februari 1968 ) 

Satu pasukan teknikal akan ditubuhkan bagi mengkaji serta meneliti semua aspek dan pandangan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kami juga akan meneliti alasan dan punca LPS dibubarkan sebelum ini.
Mengulas lanjut Wong berkata Sabah merekodkan 70 peratus tahap sara diri beras sebelum pemansuhan LPS, namun kini nisbahnya hanya kira-kira 26 peratus.

Memandangkan isu alam sekitar dunia yang berkemungkinan memberi kesan buruk terhadap pengeluaran beras dunia, terdapat beberapa cadangan menghidupkan kembali LPS berikutan kedudukan beras sebagai komoditi keselamatan makanan, katanya.

“Bagi penubuhan semula LPS, kami perlu meneliti banyak aspek termasuk penghasilan, pemprosesan, pemasaran dan import beras.

“Memandangkan air adalah komponen terpenting dalam penghasilan beras, kami perlu memperbaharui dan menambah baik sistem pengairan jika mahu mewujudkan semula lembaga ini,” katanya.

Wong berkata teknologi baharu pengeluaran beras juga akan turut diteliti semula misalnya teknik System of Rice Intensification (SRI) yang diamalkan secara meluas di Indonesia.

Beliau berkata selain penanaman padi sedia ada di Sabah iaitu di Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Papar, Tambunan dan Keningau, kawasan lain yang turut berpotensi adalah di Sook, Trusan Sapi dan Kinabatangan.

“Salah satu cabaran jika LPS itu diwujudkan semula adalah dari segi kegunaan tanah dan saiz serta sistem tempoh yang perlu ditangani,” katanya.

— BERNAMA 

APAKAH MISI & VISI MAJLIS PERUNDINGAN PEMBANGUNAN KADAMAIAN DITUBUHKAN ?

Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Kadamaian telah direalasasikan dan dirasmi sah pada 06 Julai 2018 oleh YB Ewon Benedick , ADUN N7 Kadamaian, selaku kepada pencetus idea ini , Apakah haltuju dan Implikasi kepada Penduduk di Kawasan Kadamaian ?.
Pelancaran MPPK oleh YB Ewon Benedick 
   
Penubuhannya ini berkonsepkan “ Think Tank “ / “ Pemikir “ khusus untuk mencipta / mencetus idea-idea bernas khasnya pembangunan infra dan sumber manusia.


Diantara 25 Ahli MPPK 

Seramai 25 orang mewakili Komuniti Kadamaian dan telah diberi kepercayaan . “ Mereka ini adalah ketua dalam organisasi komuniti atau pakar dalam bidang masing-masing (common of interest), maka bererti mereka ini mewakili aspirasi sektor masing-masing. Kita majukan kawasan melalui semangat "mogitatabang" melangkaui sempadan politik “ Kata Wakil Rakyat Kadamaian ini.


Komuniti Kadamaian sangat berharap agar Penubuhan Perundingan Pembangunan ini berjaya seleras dengan Visi & Misi, Jawatankuasa ini juga diminta turun padang untuk menyatakan haltujunya ? 


YB Ewon Benedick  menghoskan diskusi sumbang saran santai Pasukan Kadamaian, selepas pelancaran.

 




PILIHAN PEMBACA