Mei
2018 , En Ewon Benedick , Calon N7 Kadamaian.( PRU 14 )
Mengimbau dari hujah
dan aspirasi ini , saya terpanggil dan mungkin mewakili KADAMAIAN menyatakan “
berbanyak terima kasih “ kepada YB Datuk Ewon Benedick kerana yang dijanjinya mulai nampak dan usaha berterusan
demi Kadamaian berjalan lancar.
Mandat rakyat yang
diberikan kepadanya pada PRU 14 memberi peluang kepada Wakil Rakyat Kadamaian
ini untuk menepati janjinya , juga pelantikan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet Kerajaan baharu memberi ruang kepadanya untuk
lebih fokus membawa pembangunan di Daerah-Daerah Negeri Sabah khususnya di DUN
KADAMAIAN Kota Belud.
Keagresifan
Wakil Rakyat N7 Kadamaian ini untuk membawa peruntukan ke Kadamaian amat memberangsangkan , Kadamaian terus mendapat perhatian dan peruntukan
pembangunan dari Kerajaan bagi menyediakan pelbagai infrastuktur
kemudahan asas , dalam tempoh setahun tujuh bulan lebih sahaja RM 10 juta telah
dibelanjakan, antara kemudahan yang berjaya dilaksanakan di kawasan
Kadamaian setakat ini ialah Dewan Kadamaian Square, penaiktarafan ke jalan konkrit jalan-jalan
kampung, jalan perhubungan desa, pembinaan dewan serbaguna, dewan terbuka,
jambatan gantung, gimnasium rakyat, gelanggang sukan, laluan pelancongan
komuniti, bangunan keusahawanan desa serta pelbagai program touchpoints dan
gotong-royong.
![]() |
Kadamaian Square Mercu Tanda Kadamaian |
Walaupun begitu,
katanya masih banyak impian rakyat Kadamaian yang perlu disediakan termasuk
mendapatkan kemudahan infrastruktur asas berskala besar terutama penaiktarafan
jalan raya ke jalan aspal, Katanya ketika berucap pada Majlis
Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru Kadamaian
di Dewan Kadamaian Square baru-baru ini.
Dalam pembentangan bajet negeri 2020, Kerajaan Negeri
memperuntukkan sebanyak RM124.35 juta kepada KPLB Sabah untuk meningkatkan
pembangunan dan taraf hidup penduduk di kawasan luar Bandar dan kita warga
Kadamaian mengharapkan agar dapat “
tampias ” dari bajet ini.
Berdasarkan rekod hubungan baik KPLB
Persekutuan dan Negeri , “ Kerajaan
Persekutuan akan terus bekerjasama menyediakan infrastruktur jalan raya bagi
melonjakkan lagi kemudahan di Kadamaian
“ ini terbukti melalui hasil lawatan Menteri
Pembangunan Luar Bandar Persekutuan, YB Datuk
Seri Rina Mohd Harun pada bulan Ogos 2019
di Kadamaian yang telah meluluskan peruntukan sejumlah RM 1.35 juta untuk
beberapa kawasan ( perkampungan ) di Kadamaian
/ Kota Belud.
![]() |
Buku PIPK 2020 - 2035 Panduan Utama Pembanguan Kadamaian |
Mengulas berkaitan PELAN
INDUK PEMBANGUNAN KADAMAIAN (2020-2035) yang
dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada ahad
lalu, Pembikinan Buku Pelan Induk
Pembangunan Kadamaian juga menjadi rekod
( Key performance indicators ( KPI ) kepada YB Datuk Ewon
kerana mendahului dan menyahut hasrat Kepimpinan Negeri
Sabah ( Ketua Menteri ) agar setiap Daerah mempunyai pelan pembangunan
masing-masing.
“ Pelan induk ini sangat
penting kerana ianya merupakan input daripada rakyat Kadamaian. Penyelidikannya mencakupi kesemua kampung di
seluruh Kadamaian , Buku Pelan ini dijadikan panduan utama kepada semua Kementerian, agensi dan
Jabatan Kerajaan serta rakan-rakan strategik pembangunan terutama badan
korporat yang ingin melabur atau mengadakan Program Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) di Kadamaian ”
![]() |
Respone Awam |
“ Pelan ini mencakupi
wawasan saya untuk membangunkan Kadamaian berasaskan kepada dua sektor ekonomi
utama iaitu pertanian dan pelancongan yang harus disokong dengan kemudahan
infrastruktur asas dinaiktaraf (jalan raya aspal/konkrit, bekalan elektrik, air
dan telekomunikasi) serta rangkaian kemudahan keusahawan desa,” katanya.
![]() |
Respone Awam |
Usaha terpuji kepada Wakil
Rakyat ini memberi keyakinan kepada Komuniti Kadamaian agar permohon yang
dikemukakan mendapat perhatian kalau tidakpun dilaksana masa terdekat ini tetapi
boleh diatasi sejajar dengan input dalam rangka Pelan Induk Pembangunan Kadamaian
15 tahun mendatang.
“ Rakyat Kota Belud terutama kadamian harus besatu hati d bawah pimpinan
YB Datuk Ewon Benedick menyokong serta
memberi semangat kepada beliau untuk memajukan Kadamian “
dari luahan hati Pemerhati politik semasa ( Kadamaian ) Whatshapp Diskusi
Politik Kadamaian