Perlantikan MPKK di bawah KPLB itu hanya berkuatkuasa selama dua tahun sehingga 2021, selepas tamat tempoh dua tahun satu pemilihan MPKK baharu akan dibuat semula.
“Perlantikan semula itu kita akan serahkan kepada komuniti untuk mereka memilih sendiri pentadbir di peringkat desa atau kampung mereka.
“Cuma pada kali ini, kerana peralihan kerajaan baru dan keperluan kita untuk memastikan pentadbiran desa itu perlu dilakukan segera yang boleh, maka kita akan membuat perlantikan dahulu untuk dua tahun pertama,”
Kata Menterinya Ewon Benedick , menyasarkan proses perlantikan MPKK akan dibuat pada November atau lebih awal lagi untuk melancarkan urus tadbir kerajaan di peringkat kampung.
“Tetapi itu bergantung kepada wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai daerah selaku penyelaras bagi mengemukakan cadangan di peringkat daerah masing-masing ke KPLB Sabah bagi tujuan perlantikan.
“Kita telah bersetuju kepada syarat-syarat tertentu dari segi umur, kelayakan minimum akademik, sama ada dia bermaustautin di kampung itu dan sebagainya untuk syarat utama perlantikan.
“Kita juga mahu melihat keanggotan MPKK ini terutama pengerusinya mendokong dasar-dasar kerajaan agar komunikasi harmoni itu dapat tercetus antara pentadbiran desa dengan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelestarian Adat Orang Asal di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri hari ini.
Sumber: -Sabah News Today