SIAPAKAH PEMIMPIN PEMBANGUAN MASYARAKAT ( PPM ) UNTUK DUN KADAMAIAN ?

Siapa kah yang menerajuai PEMIMPIN PEMBANGUAN MASYARAKAT ( PPM ) di DUN Kadamaian, Penyataan ini juga menjadi bualan dari kawasan-kawasan DUN Sabah, tempoh perubahan dan kepimpinan Kerajaan kini menjangkau lebih dari 3 bulan ( 104 ) hari, kesenimbungan kepimpinan dan corak urus tadbir Kerjaan Baru bukan sahaja terletak kepada janji 100 hari namun keberkesanan pada mengembalikan kepercayaan lapisan rakyat terhadap Kerajaan, begitu juga Kerajaan Negeri Sabah.
  
Siapa nama dan asalnya ? 
Pada PRU 14 Ewon Benedick ( Jumlah Undi : 6,861 ) telah memenangi dan mewakili 17, 900 Pengundi di Kadamaian, Perlantikan sebagai Menteri penuh dibawah kerajaan baharu sebagai Menteri Luar Bandar ( KPLB ) amat bertepatan dengan suara kempennya, “ pembangunan utama yang dimahukan oleh penduduk adalah menaik taraf jalan raya, termasuk jalan kampung , Ini bagi memudahkan laluan untuk sektor pertanian di kawasan ini selain untuk ke sekolah ” sudutan amanah semasa kempennya.
Berbalik kepada Siapakah peneraju PPM ( PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT ) bagi DUN KADAMAIAN, Sebelum PRU atas spekulasi dan aturan penyokong parti masing-masing, Jawatan utama di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) haruslah diwakili partinya , namun disebalik dan situsai perubahan Politik pada PRU 14, hanya Parti dari UPKO dan WARISAN serta KEADILAN juga sekutu Kerajaan sekarang yang layak menyuarakan hajat ini. 
Mengimbas Kerusi PPM di Kadamaian era Barisan Nasional ( Terakhir ) , Kerusi PPM digalas oleh En Daimin Sulukan dari Parti PBS, sementara CDO dari UMNO dan Pemaju Mukim diberi kepada ahli parti pemerintah sebelum ini.
Makanya SIAPA ? , Jawatan yang diamanahkan adalah atas pilihan atau lantikan penuh dari pada  Ahli DUN masing-masing dan amat dinantikan, cakap-cakap kedai Kopi makin rancak dan saling menyebut nama-nama yang berpotensi, juga ada mengandai bahawa PPM dimansuh , Kebenaran cerita ini adalah pada pihak Kepimpinanan Kerajaan Negeri Sabah.
Kewajaran dikekalkan kepada anggota ( PPM ) dan kakitangan di setiap UPPM adalah kerana orang paling dekat dengan rakyat dan pada masa yang sama dengan wakil rakyat atau pemimpin setempat, dengan erti kata lain merupakan mata dan telinga kerajaan, di mana harus melihat, mendengar dan menyampaikan kepada kerajaan tentang masalah-masalah dan keperluan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat juga menjadi jurucakap untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat,

YB Ewon Benedick ,
Mempunyai perancangan rapi dan berhati-hati
untuk melantik calon PPM
Prihal perlantikan PPM serta menganggotai di Pejabat UPPM Kadamaian adalah Kuasa mutlak dari YB Ewon Benedick sendiri , di DUN Kadamaian khususnya , mempunyai 16 PDM atau 7 Mukim, pencarian dan calon amat ramai  apapun senarai mungkin sudah di Meja Yang Berhormat, diumum pada dan bila kita tidak tahu ?, ada juga yang mengadaikan bahawa mungkin selepas Pemilihan Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ) , sebab semua penstukuturan Peringkat Mahkamah Anak Negeri, Ketua Daerah juga Ketua Kampung khususnya di Sabah akan dilaksanakan pada masa terdekat.

Sayapun tertanya-tanya dan ternanti-nanti ?

PILIHAN PEMBACA