KADAMAIAN TERUS MEMBANGUN

" Jika saya diberi mandat  mewakili ADUN KADAMAIAN  , saya memastikan lebih banyak jalan dinaik taraf sekali gus memberi keselesaan kepada penduduk , Saya berkongsi  aspirasi  dengan  masyarakat di kawasan ini demi pembangunan   dalam enam bulan pertama nanti selepas pilihan raya, saya akan minta semua pemimpin tempatan mengemukakan perancangan mereka,"


Mei 2018 , En Ewon Benedick , Calon N7 Kadamaian.( PRU 14 )


Mengimbau dari hujah dan aspirasi ini , saya terpanggil dan mungkin mewakili KADAMAIAN  menyatakan “ berbanyak terima kasih “ kepada YB Datuk Ewon Benedick  kerana yang dijanjinya mulai nampak dan usaha berterusan  demi Kadamaian berjalan lancar.

Mandat  rakyat yang diberikan kepadanya pada PRU 14 memberi peluang kepada Wakil Rakyat Kadamaian ini untuk menepati janjinya , juga pelantikan sebagai Menteri  Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet  Kerajaan baharu memberi ruang kepadanya untuk lebih fokus membawa  pembangunan  di Daerah-Daerah Negeri Sabah khususnya di DUN KADAMAIAN Kota Belud.

Keagresifan Wakil Rakyat N7 Kadamaian ini untuk membawa peruntukan ke Kadamaian amat  memberangsangkan , Kadamaian terus mendapat perhatian dan peruntukan pembangunan dari Kerajaan bagi  menyediakan pelbagai infrastuktur kemudahan asas , dalam tempoh setahun tujuh bulan lebih sahaja RM 10 juta telah dibelanjakan,  antara kemudahan yang berjaya dilaksanakan di kawasan Kadamaian setakat ini ialah Dewan Kadamaian Square,  penaiktarafan ke jalan konkrit jalan-jalan kampung, jalan perhubungan desa, pembinaan dewan serbaguna, dewan terbuka, jambatan gantung, gimnasium rakyat, gelanggang sukan, laluan pelancongan komuniti, bangunan keusahawanan desa serta pelbagai program touchpoints dan gotong-royong.

Kadamaian Square Mercu Tanda Kadamaian
Walaupun begitu, katanya masih banyak impian rakyat Kadamaian yang perlu disediakan termasuk mendapatkan kemudahan infrastruktur asas berskala besar terutama penaiktarafan jalan raya ke jalan aspal, Katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru Kadamaian  di Dewan Kadamaian Square baru-baru ini.

Dalam pembentangan bajet negeri 2020, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM124.35 juta kepada KPLB Sabah untuk meningkatkan pembangunan dan taraf hidup penduduk di kawasan luar Bandar dan kita warga Kadamaian mengharapkan agar dapat “ tampias ” dari bajet ini.

Berdasarkan rekod hubungan baik   KPLB Persekutuan dan Negeri ,  “ Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama menyediakan infrastruktur jalan raya bagi melonjakkan lagi kemudahan di  Kadamaian “  ini terbukti melalui hasil lawatan Menteri  Pembangunan Luar Bandar Persekutuan, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada bulan Ogos 2019  di Kadamaian yang telah meluluskan peruntukan sejumlah RM 1.35 juta untuk beberapa kawasan ( perkampungan ) di Kadamaian  / Kota Belud.
 

Buku PIPK 2020 - 2035 Panduan Utama Pembanguan Kadamaian  
Mengulas berkaitan PELAN INDUK PEMBANGUNAN KADAMAIAN  (2020-2035) yang dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada ahad lalu,  Pembikinan Buku Pelan Induk Pembangunan Kadamaian juga menjadi rekod  ( Key performance indicators ( KPI ) kepada  YB Datuk Ewon kerana mendahului dan menyahut hasrat Kepimpinan Negeri Sabah ( Ketua Menteri ) agar setiap Daerah mempunyai pelan pembangunan masing-masing.
  
“ Pelan induk ini sangat penting kerana ianya merupakan input daripada rakyat Kadamaian.  Penyelidikannya mencakupi kesemua kampung di seluruh Kadamaian , Buku Pelan ini dijadikan panduan utama kepada semua Kementerian, agensi dan Jabatan Kerajaan serta rakan-rakan strategik pembangunan terutama badan korporat yang ingin melabur atau mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Kadamaian   

Respone Awam
“ Pelan ini mencakupi wawasan saya untuk membangunkan Kadamaian berasaskan kepada dua sektor ekonomi utama iaitu pertanian dan pelancongan yang harus disokong dengan kemudahan infrastruktur asas dinaiktaraf (jalan raya aspal/konkrit, bekalan elektrik, air dan telekomunikasi) serta rangkaian kemudahan keusahawan desa,” katanya.

Respone Awam
Usaha terpuji kepada Wakil Rakyat ini memberi keyakinan kepada Komuniti Kadamaian agar permohon yang dikemukakan mendapat perhatian kalau tidakpun dilaksana masa terdekat ini tetapi boleh diatasi sejajar dengan input dalam rangka Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 15 tahun mendatang.


“ Rakyat Kota Belud terutama kadamian harus besatu hati d bawah pimpinan YB Datuk  Ewon Benedick menyokong serta memberi semangat kepada beliau untuk  memajukan Kadamian “

dari luahan hati Pemerhati politik semasa ( Kadamaian ) Whatshapp Diskusi Politik Kadamaian

PILIHAN PEMBACA